Sebahagian kehidupan saya 'terhutang' kepada Allahyarham: PM

Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik - Foto Twitter Ismail Sabri
Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik - Foto Twitter Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan kesedihan terhadap kehilangan Tan Sri Sabbaruddin Chik yang meninggal dunia sekitar jam 8 malam tadi.

Melalui Twitternya, Ismail Sabri turut menyifatkan Allahyarham sebagai 'sifu' dan 'mentor' beliau dalam dunia politik.

"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Telah berpulang kepada ALLAH SWT, seorang insan yang sebahagian kehidupan saya 'terhutang' kepadanya.

"Sedih dan duka apabila menerima perkhabaran, sifu dan mentor politik saya, Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin bin Chik telah meninggalkan kita semua selama-lamanya," katanya.

Sabbaruddin, 80, yang merupakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan difahamkan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut laporan portal Berita Harian, Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad berkata, Sabbaruddin sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan: