X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Mayat lelaki dipercayai terjatuh ditemui di rumah pam

Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai terjatuh ke dalam Rumah Pam Water Park Kelab Cinta Sayang, pada Sabtu. - Foto ihsan bomba
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai terjatuh ke dalam Rumah Pam Water Park Kelab Cinta Sayang, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2.30 petang.

Beliau berkata sepasukan anggota dan pegawai dikerah ke lokasi di mana mangsa dilaporkan terjatuh.

“Sebaik tiba kelihatan mangsa dalam keadaan tertiarap di mana muka tersembam ke dalam air di dalam pam tadahan air sedalam 5 meter itu.

“Mangsa dikatakan telah meninggal sebaik anggota bersama kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan “stretcher” dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti identiti lelaki berusia lingkungan 30 tahun yang maut itu.

“Kita telah mengambil keterangan pengawal keselamatan di rumah pam itu dan dia tidak mengenali mangsa.

“Kita sedang menyiasat sama ada lelaki itu pekerja penyelenggara ataupun orang luar yang menceroboh masuk.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujar Adzli.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!