X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Malaysia rangkul gelaran berganda

Skuad wanita negara bersama barisan pemain Hong Kong pada majlis penyampaian pingat selepas aksi final Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil. - Foto FB Team Malaysia
A
A

MALAYSIA muncul juara kategori lelaki dan wanita Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 selepas membenam lawan masing-masing dalam aksi final di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.

Pasukan wanita negara terlebih dulu membuktikan mereka kini layak ditabal selaku jaguh Asia selepas menundukkan penyandang juara, Hong Kong 2-1.

Pemain berpengalaman, Rachel Arnold menyumbang mata pertama skuad wanita negara selepas menewaskan Liu Tsz Ying 11-6, 8-11,11-7, 11-2 dalam tempoh 32 minit.

Hong Kong bangkit menyamakan kedudukan 1-1 apabila Tong Tsz Wing menewaskan Ainaa Amani 11-8, 11-6, 6-11, 11-9 dalam tempoh 41 minit.

Skuad lelaki negara bersama barisan pemain India pada majlis penyampaian pingat selepas aksi final Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil. - Foto FB Team Malaysia
Skuad lelaki negara bersama barisan pemain India pada majlis penyampaian pingat selepas aksi final Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil. - Foto FB Team Malaysia

Juara Terbuka Malaysia 2021, Aifa Azman menghadiahkan mata kemenangan buat skuad wanita negara selepas mudah mengetepikan Ho Tze Lok 11-4, 11-3, 11-6 dalam tempoh 21 minit.

Skuad lelaki negara turut tampil cemerlang apabila menewaskan India 2-1, sekali gus membolehkan Malaysia meraih gelaran berganda pada edisi kali ini.

Pemain nombor satu negara, Eain Yow memulakan langkah kanan dengan menyumbang mata pertama selepas menewaskan Saurav Ghosal 12-10, 11-4, 11-8.

Begitupun, kem negara cemas seketika apabila Syafiq Kamal terpaksa akur dengan kehebatan Mahesh Mangaonkar yang menyaksikan dia tewas 9-11, 7-11, 8-11.

Ivan Yuen menoktahkan kemenangan skuad lelaki negara selepas melakar kemenangan 11-8, 8-11, 11-3, 11-1 ke atas Ramit Tando.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!