X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Zii Jia terlepas tiket final

Zii Jia terpaksa akur tunduk kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam aksi separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF di Bali, Indonesia sebentar tadi.
A
A

JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia gagal melangkah ke pentas final Jelajah Dunia Akhir BWF selepas tumbang di tangan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam aksi separuh akhir di Bali, Indonesia sebentar tadi.

Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia terpaksa menerima hakikat Kunlavut lebih bersedia menyambar tiket final selepas meraih kemenangan 21-18, 21-18.

Kemenangan itu menyaksikan Kunlavut berjaya membalas dendam ke atas Zii Jia selepas dia mengalami kekalahan dalam aksi peringkat Kumpulan B sebelum ini.

Zii Jia mara ke separuh akhir selepas muncul juara Kumpulan B apabila menang semua tiga perlawanan ketika berdepan Kunlavut, Toma Junior Popov dari Perancis dan K Srikanth (India).

Sebelum itu, beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal melangkah ke pentas final selepas tewas 8-21, 18-21 kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Skrip sama turut berlaku dalam saingan beregu lelaki apabila gandingan profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa akur dengan wakil Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi apabila tewas 18-21, 15-21.

ARTIKEL BERKAITAN: Zii Jia kekal rentak kemenangan di Jelajah Dunia BWF

Jelajah Dunia Akhir BWF: Jangan terlalu ‘tekan’ Zii Jia


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!