X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Banjir di Terengganu semakin pulih

Keadaan jalan raya yang ditenggelami banjir semasa tinjauan di Kampung Lubuk Panjang, Mukim Chalok pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 34 orang sehingga jam 5 petang, berbanding 140 orang pada jam 8 pagi Sabtu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut, Setiu turut ditutup kira-kira jam 2 petang, pada Sabtu manakala dua lagi masih dibuka iaitu di Kuala Nerus, di SK Kompleks Mengabang Telipot dan Surau Mak Jintan yang menempatkan 34 mangsa daripada tujuh buah keluarga.

Kenyataan itu juga memberitahu, sehingga 8 pagi Sabtu, seramai 96 mangsa di Kuala Nerus membabitkan 43 keluarga dipindahkan di dua PPS ini sejak Jumaat.

"Setakat ini mangsa paling ramai ialah di PPS Masjid Gong Terap yang menempatkan 56 mangsa daripada 33 keluarga) diikuti Masjid Chalok Kedai yang menempatkan 19 mangsa membabitkan empat keluarga.

"Di Balairaya Kampung Bukit Mak Som pula masih menempatkan 13 mangsa daripada dua keluarga dan lapan mangsa daripada empat keluarga berada di SK Kampung Besut," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, satu PPS dibuka lewat petang Jumaat iaitu di SK Kampung Baharu yang menempatkan 10 mangsa (empat keluarga) juga ditutup sepenuhnya jam 2 petang, Sabtu,"

Sebelum ini sehingga jam 8 pagi, pada Sabtu, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke tujuh PPS yang dibuka merekodkan peningkatan 140 mangsa membabitkan 54 keluarga.

Pada jam 4 petang Jumaat, sebanyak lima PPS dibuka iaitu empat di Setiu dan satu di Kuala Nerus bagi menempatkan 135 mangsa berbanding 45 mangsa di tiga PPS pagi Jumaat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!