X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Covid-19: Balai Polis Setapak ditutup sehingga Jumaat

A
A

KUALA LUMPUR - Balai Polis Setapak ditutup bermula hari ini sehingga Jumaat susulan beberapa pegawai polis di sini dijangkiti Covid-19.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, penutupan itu atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah penularan Covid-19.

"Balai Polis Setapak akan ditutup sementara mulai 4 Disember (Sabtu) sehingga 10 Disember (Jumaat).

"Segala urusan termasuk pengeluaran permit, sila ke balai polis yang berhampiran (bawah pentadbiran IPD Wangsa Maju)," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun katanya, perkhidmatan polis kepada masyarakat di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak berjalan seperti biasa.

"Antaranya melibatkan rondaan cegah jenayah tetap dijalankan seperti biasa melalui kereta peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan elemen lain dalam Polis Diraja Malaysia.

"Masyarakat khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak jika memerlukan bantuan boleh menghubungi Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!