Program Pertanian Organik beri manfaat kepada 863 peserta: Ronald

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (dua, kanan) melihat anak ayam yang diternak oleh para peserta pertanian organik selepas melancarkan Program Pertanian Organik (Ternakan) di Kampung Batangon Darat, Paitan, pada Sabtu. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haslina Abdul Hamid (kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Datuk Doktor Norlizan Mohd Nor (dua, kiri). - Foto Bernama

A
A
A

BELURAN - Program Pertanian Organik (Ternakan) telah memberi manfaat kepada 863 peserta melibatkan 253 komuniti seluruh negara yang menjalankan projek organik meliputi ternakan ayam kampung, ternakan itik, ternakan puyuh, arnab dan kambing.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, menerusi program itu, yang dijalankan secara komuniti, bantuan tersedia dalam bentuk geran bernilai antara RM30,000 hingga RM50,000 bagi setiap komuniti.

“Kementerian menggalakkan ternakan organik untuk menghasilkan makanan yang bersih dan selamat menerusi program ini. Penjagaan ternakan organik perlu dilakukan dengan rapi tanpa melibatkan penggunaan ubat-ubatan.

“Pencegahan dan kawalan penyakit juga perlu dibuat secara organik sepenuhnya, selain memastikan sumber makanan dan persekitaran ternakan bebas daripada bahan kimia,” katanya ketika merasmikan program itu di Kampung Batangon Darat, Paitan dekat sini pada Sabtu.

Ronald berkata, kementeriannya telah diperuntukkan RM50 juta di bawah Dana Jaminan Makanan bagi program Ternakan, yang melibatkan 1,000 komuniti atau kelompok merangkumi projek pertanian, penternakan dan perikanan.

Beliau berkata, lebih RM1 juta diperuntukkan di negeri ini, bagi melaksanakan program itu yang kebanyakannya melibatkan ternakan ayam kampung organik.

Katanya, RM13.55 juta pula telah diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi tujuan penternakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: