Mangsa kemalangan cedera parah meninggal dunia di hospital

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

TAPAH - Seorang penumpang kereta Perodua Bezza yang parah dalam kemalangan membabitkan kereta BMW di Kilometer 82, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu meninggal dunia.

Mangsa, Asmawati Hashim, 57, disahkan meninggal dunia pada jam 12.24 tengah hari ketika menerima rawatan di Hospital Slim River.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa yang juga penumpang hadapan dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan dan kaki dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu.

"Siasatan kes diubah kepada Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ringkas di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga cedera, Perodua Bezza bertembung BMW

Dalam kejadian itu, mangsa menaiki kenderaan yang dipandu anak saudaranya berusia 24 tahun dalam perjalanan menuju ke Rawang, Selangor untuk menziarahi saudaranya yang turut terlibat dalam kemalangan.

Turut cedera penumpang belakang iaitu remaja berusia 14 tahun, manakala pemandu BMW, lelaki berusia 63 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan: