Maloney belum beri kata putus

Brad Maloney - Foto fail Bernama
Brad Maloney - Foto fail Bernama
A
A
A

PENGENDALI skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney masih belum memberi kata putus sama ada beliau mahu mengekalkan jawatan yang disandangnya ataupun tidak.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada Maloney yang ketika ini sedang bercuti di negara kelahirannya, Australia.

"Kita belum dapat keputusan lagi kerana beliau kini berada di Australia untuk buat pemeriksaan kesihatan. Kita masih belum dapat pengesahan daripada beliau lagi.

“Beliau memang tahu mengenai kontraknya yang akan tamat, kita kena bagi notis (tawaran). Kita tunggu beliau pasal beliau sekarang tengah bercuti,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak: FAM, Maloney belum bincang

FAM wajar kekalkan Maloney

Sebelum ini, FAM mengesahkan sudah memberi surat tawaran rasmi kepada Maloney untuk menyambung kontraknya yang akan berakhir pada 31 Disember ini.

Maloney berjaya melakukan tugas cukup cemerlang selaku pengendali skuad B-22 negara dengan kejayaan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 pada Jun tahun depan.

Artikel Berkaitan:

Skuad kendalian Maloney mengesahkan tiket Piala Asia B-23 di Uzbekistan selepas muncul juara Kumpulan J pusingan kelayakan di Ulaanbatar, Mongolia pada Oktober lalu.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, skuad muda negara bakal mengharungi jadual padat tahun depan apabila dijadual menyertai empat kejohanan besar Piala AFF B-23, Piala Asia B-23, Sukan Asia dan Sukan SEA.

"(Skuad) B-23 ini banyak program tahun depan yang akan bermula seawal bulan Februari dengan menyertai Piala AFF B-23.

"Selepas itu mereka akan ke Sukan SEA dan seminggu kemudian, tak silap saya mereka akan ke Piala AFC. Akhir sekali mereka akan bermain pada Sukan Asia di China," ujarnya.