X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Pemberian kuasa pengeluaran permit, lesen jaga kepentingan Sabah

Ronald (kiri) menyerahkan dokumen pemberian kuasa untuk pelaksanaan urusan pengeluaran permit dan lesen laut dalam bagi vesel penangkapan ikan Zon C2 di Kota Kinabalu, pada Sabtu.
A
A

KOTA KINABALU - Inisiatif kerajaan melalui pemberian kuasa ketika melaksanakan urusan pengeluaran permit dan lesen laut dalam bagi vesel penangkapan ikan Zon C2 dapat menjaga kepentingan Sabah serta keharmonian semua sebagai Keluarga Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 18 Oktober lalu.

“Pemberian kuasa ini bermula dengan penerimaan permohonan, pengauditan, penilaian, kelulusan permohonan sehingga pengeluaran permit, lesen vesel dan peralatan penangkapan ikan laut dalam Zon C2 tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan secara bersama.

“Saya berharap keputusan bersama ini dapat memanfaatkan kedua-dua pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri khususnya dari segi pengurusan sumber perikanan, keselamatan perairan dan hubungan antarabangsa,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Ronald berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah serta Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS) bagi terus membangunkan industri perikanan negeri itu sebagai salah satu hab utama perikanan di Malaysia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!