Remaja lelaki didakwa merogol

Remaja berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Temerloh atas kesalahan merogol April tahun lalu.
Remaja berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Temerloh atas kesalahan merogol April tahun lalu.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di Taman Temerloh Jaya tahun lalu.

Tertuduh berusia 19 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azuar Che Yusof.

Dalam kertas pertuduhan, dia didakwa merogol remaja berusia 15 tahun di sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya pada 10 April tahun lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abd Rahim meminta mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 memandangkan kes ini merupakan kesalahan tidak boleh jamin.

Bagaimanapun, peguam tertuduh meminta agar mahkamah membenarkan permohonan jaminan ke atas anak guamnya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula 23 April ini.

Artikel Berkaitan: