‘Malu Apa Bossku’ bukan untuk UMNO

A Kadir Jasin
A Kadir Jasin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penasihat Media Perdana Menteri, A Kadir Jasin menganggap kempen ‘Malu Apa Bossku’ bukan untuk meningkatkan imej UMNO tetapi untuk mempromosikan bekas Perdana Menteri dalam kalangan ‘pemuda Melayu penunggang motosikal kapcai’.

“Rakyat tidak salah apabila mereka mahukan keadilan buat (Datuk Seri) Najib (Razak). Mereka seakan kurang sabar dengan kes mahkamah beliau dan konspiratornya yang masih berlanjutan.

“Semakin lama Najib dibenarkan ‘mempermainkan’ undang-undang, semakin tinggi risiko untuk rakyat melihat keadilan memihak kepada mereka yang kaya dan berkuasa.

“Lebih buruk, rakyat melihat beliau tidak bersalah,” katanya menerusi catatan di blognya.

Katanya lagi, semakin lama Najib dibenarkan berbuat demikian, ia sebenarnya mengeruhkan lagi keadaan buat UMNO dan BN.

“Selepas kekalahan pada 9 Mei lalu, UMNO telah mempunyai tiga presiden - Najib, Ahmad Zahid Hamidi (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Mohamad Hasan (Datuk Seri Mohamad Hasan).

“Sekiranya mereka mampu, mereka tidak mahu Najib masuk campur dalam urusan mereka,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: