Ikat sangkar ikan di tebing sungai elak dihanyut banjir

Sukri sentiasa bersedia untuk mengetatkan dan mengendurkan tali ikatan sangkar bagi memastikannya stabil dengan keadaan paras air semasa.
Sukri sentiasa bersedia untuk mengetatkan dan mengendurkan tali ikatan sangkar bagi memastikannya stabil dengan keadaan paras air semasa.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang pengusaha ikan sangkar di Kampung Batu Lada, Mengkebang di sini mengambil inisiatif dengan mengikat 35 sangkar ikan air tawarnya di tebing sungai sebagai langkah persediaan berdepan arus deras di musim tengkujuh yang melanda ketika ini.

Rohaimin Yusoff, 49, berkata, kerisauan timbul memandangkan ini kali pertama beliau mengusahakan ikan air tawar secara terus menggunakan air sungai yang dimulakan sejak awal tahun.

Menurutnya, sejak hujan berterusan awal November, beliau dan dua pekerjanya sentiasa memantau keadaan air semasa bagi memastikan ikan sangkar tidak terjejas.

"Sungai ini adalah sungai utama dan saya risau jika hujan berterusan air akan naik dengan membawa sampah serta kayu sekali gus menjejaskan jaring ikan.

Sebelum ini, sangkar berkenaan hanya diikat pada rumah rakit, namun kini ia diikat pada pokok besar di tebing sungai untuk langkah keselamatan pada musim tengkujuh.
Sebelum ini, sangkar berkenaan hanya diikat pada rumah rakit, namun kini ia diikat pada pokok besar di tebing sungai untuk langkah keselamatan pada musim tengkujuh.

"Sebelum ini, saya hanya ikat sangkar pada rumah rakit tapi kali ini saya tambah lagi ikatan pada pokok besar di tebing sungai. Kita juga bahagi sangkar-sangkar berkenaan kepada dua kumpulan supaya ikatan depan dan belakang tidak terlalu berat," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Rohaimin berkata, modal permulaan penternakan ikan sangkar berkenaan adalah sebanyak RM10,000 dan kini mempunyai hampir 100,000 ekor ikan pelbagai saiz serta jenis antaranya ialah patin, talapia, baung, lampam serta keli.

Sukri sentiasa memastikan ikan berkenaan makan mengikut masa terutamanya untuk yang sudah matang.
Sukri sentiasa memastikan ikan berkenaan makan mengikut masa terutamanya untuk yang sudah matang.

Sementara itu, seorang pekerjanya, Sukri Hassan, 37, berkata, dia tidak lena tidur memikirkan ikan-ikan berkenaan memandangkan ada yang sudah sampai tempoh matang dan sudah boleh dijual.

"Memang saya sentiasa pantau ikan dan paras air. Kalau air rendah, kita turunkan sikit sangkar, kalau tinggi, kita naikkan sedikit. Bila musim hujan seperti ini memang kena sentiasa berjaga-jaga," katanya.