Lampin pakai buang serendah RM4

Antara produk jenama KiddiLove yang ditawarkan pada harga mampu milik sempena Jualan Gudang Akhir Tahun 2021.
Antara produk jenama KiddiLove yang ditawarkan pada harga mampu milik sempena Jualan Gudang Akhir Tahun 2021.
A
A
A

SEBANYAK 80,000 stok lampin pakai buang jenama tempatan, KiddiLove ditawarkan pada harga serendah RM4 sempena Jualan Gudang Akhir Tahun 2021.

Jualan tiga hari bermula 3 Disember di Jalan PKNK 3/7, Kawasan Perusahaan Sungai Petani Fasa 3 itu terbuka kepada orang ramai, ejen atau stokis bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Pengarah Eksekutif MY Healthcare Industries Sdn Bhd (MYH), Azmi Mohamed Milatu berkata, pelbagai saiz lampin bayi dan kanak-kanak dijual melalui pek bersaiz kecil (Low Count Pack) berharga RM4, pek bersaiz sederhana (Convenient Pack) dengan harga RM7 dan pek bersaiz besar (Mega Pack) dengan harga RM18.

“Kita juga menawarkan pembelian secara pukal iaitu 10 pek Convenient akan menerima dua pek percuma atau pembelian empat pek mega ditawarkan pada harga RM70,” katanya.

Orang ramai mengambil peluang mendapatkan lampin pakai buang dengan harga mampu milik sempena jualan gudang bermula 3 hingga 5 Disember ini.
Orang ramai mengambil peluang mendapatkan lampin pakai buang dengan harga mampu milik sempena jualan gudang bermula 3 hingga 5 Disember ini.

Lebih menyenangkan pembeli katanya, syarikat berkenaan menyediakan khidmat penghantaran percuma di sekitar Sungai Petani bagi pembelian minimum 10 kotak dan luar daerah dengan minimum 50 kotak.

Artikel Berkaitan:

“Jualan harga mampu milik kita tawarkan bagi menangani kos sara hidup akibat penularan pandemik Covid-19. Jualan ini diharap mampu mampu meringankan beban pengguna yang terjejas khususnya di sekitar Kedah dan Pulau Pinang,” katanya.

Jualan gudang yang menawarkan 80,000 lampin pakai buang untuk dijual dalam tempoh tiga hari serendah RM4.
Jualan gudang yang menawarkan 80,000 lampin pakai buang untuk dijual dalam tempoh tiga hari serendah RM4.

Jelasnya, produk KiddiLove yang memfokuskan kepada 80 peratus pengeluaran eksport akan menumpukan kepada pasaran dalam negara bermula tahun depan.

Azmi berkata, lampin yang dihasilkan lebih nipis untuk keselesaan dengan tahap kualiti yang premium selain mempunyai pengawalan kebocoran berlapis dan penyerapan ultra.

“Tiada kandungan kimia dan kapas kitar semula berbahaya membolehkan KiddiLove diterima pasaran dalam dan luar negara,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai jualan gudang, boleh melayari laman web www.kiddilove.com.my atau Facebook kiddiloveMYH dan Instagram kiddilove_malaysia.