Everton mampu bangkit sekiranya diberi lebih masa

Benitez
Benitez
A
A
A

PENGURUS Everton, Rafael Benitez percaya tidak ada sebab Everton tidak boleh bangkit sekiranya diberikan masa dan peluang untuk mengatasi krisis kecederaan sekali gus mampu mencapai kembali prestasi yang dimiliki pada awal musim ini.

Bekas pengendali Liverpool itu berkata, Everton perlu mengikut jejak rakan sejawatnya di Arsenal, Mikel Arteta yang bangkit daripada prestasi buruk pada awal musim.

"Saya rasa Arteta melakukannya dengan baik dan contoh bagi pengendali baharu di kelab baharu yang tertekan sejak awal musim ini

"Dia memerlukan masa dan pasukannya memberikan masa kepada dia.Hasilnya kini Arsenal sudah mula menunjukkan persembahan yang baik.

"Sedikit demi sedikit dia terus bekerja dengan caranya tersendiri dan pasukan kini semakin baik. Mereka juga membelanjakan wang dan menandatangani pemain-pemain hebat," kata Benitez.

The Toffees yang memulakan musim dengan cemerlang di bawah Benitez, masih belum merakam sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris termasuk kekalahan 4-1 Rabu lalu yang merupakan pencapaian terburuk sejak tahun 1999.

Everton kini di tangga ke-14 liga, hanya lima mata di atas zon penyingkiran dan akan berdepan Arsenal di Goodison Park Isnin ini.

Artikel Berkaitan: