X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Banjir: PPS pertama dibuka di Kelantan, 33 mangsa dipindahkan

Setakat jam 10 pagi tadi, Sungai Golok sudah melepasi paras amaran dan mencecah 8.64 meter berbanding normal iaitu 5 meter sehingga menyebabkan beberapa buah kampung ditenggelami air.
A
A

RANTAU PANJANG - Seramai 33 mangsa banjir termasuk kanak-kanak dan warga emas dari Kampung Tok Deh di sini dipindahkan selepas rumah mereka ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Golok pada Sabtu.

Menurut aplikasi InfoBencana JKM, kesemua mangsa daripada enam keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh.

Ia susulan hujan turun lebat sejak beberapa hari lalu yang menyebabkan limpahan air Sungai Golok.

Setakat jam 10 pagi Sabtu, Sungai Golok sudah melepasi paras amaran dan mencecah 8.64 meter berbanding normal iaitu 5 meter.

AKAN MENYUSUL


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!