Gerrard tidak sabar bertemu Rodgers

Gerrard
Gerrard
A
A
A

KETUA Jurulatih Aston Villa, Steven Gerrard melahirkan rasa hormatnya kepada pengendali Leicester, Brendan Rodgers ketika dia bersedia untuk bertembung semula dengan bekas pengurus semasa berada di Liverpool.

Menurut bekas pemain tengah Liverpool itu yang berjaya mencatatkan dua kemenangan dan satu kekalahan bersama Villa, mengakui banyak perkara yang dipelajari daripada Rodgers dalam beberapa tahun ini.

"Rodgers adalah jurulatih terbaik.

Dia datang ke Liverpool pada masa kami memerlukan seseorang seperti dia yang memiliki ciri-ciri jurulatih moden di mana akan membawa kami ke hadapan, dan juga bermain bola sepak yang menarik.

"Saya rasa perkara yang paling penting ialah penyampaiannya di padang latihan.

Anda boleh lihat dengan jelas bahawa dia mempunyai banyak pengalaman dan dia adalah pengurus yang baik.

"Ia akan menjadi sangat naif dari sudut pandangan saya untuk tidak mencuba dan belajar seberapa banyak daripada Rodgers," katanya.

Untuk rekod Gerrard sebelum ini pernah bermain di bawah Rodgers di Anfield antara 2012 hingga 2015 dan hampir menjulang Liga Perdana Inggeris pada 2014.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Liverpool ketika itu yang berada di kedudukan pertama liga dengan perbezaan lima mata di puncak liga terpaksa melupakan hasrat menjulang trofi liga apabila kalah kepada Chelsea yang berpunca daripada kesilapan Gerrard.