Lelaki dipenjara 9 tahun kerana bakar masjid

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

BANDAR SERI BEGAWAN - Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dihukum penjara sembilan tahun dan enam sebatan selepas didapati bersalah membakar Masjid Kampung Mentiri dan mencuri duit ibunya, lapor Borneo Bulletin.

Hukuman tersebut diputuskan Hakim Hazarena Hurairah terhadap Mohd Erwan Manggis yang mengaku melakukan kedua-dua kesalahan itu.

Bagaimanapun, pihak mahkamah memerintahkan hukuman penjara defendan berjalan bermula tarikh defendan ditahan reman pada 31 Julai lalu.

Dalam kejadian pada 4 April 2017, Mohd Erwan dan seorang rakannya berjalan kaki menuju ke Masjid RPN Kampung Mentiri pada jam 2 pagi dengan tujuan menceroboh dan mencuri duit tabung sebelum membakar masjid tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: