X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

PRN Sarawak: PKR tambah seorang lagi calon

Anwar bercakap pada sidang media selepas mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada PRN Sarawak di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini. Foto Bernama
A
A

KUCHING - PKR menambah seorang lagi calon yang akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, menjadikan jumlah calonnya kini 28.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, calon itu ialah Hapeni Fadil, mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan.

"Ada tambahan iaitu DUN Simunjan berdasarkan atas permintaan orang tempatan dan badan bukan kerajaan yang lain.

"Mereka minta supaya Hapeni Fadil menjadi calon kawasan itu. Itu sahaja yang ditambah setakat ini.

"Setakat ni tak tahu (jika ada pertambahan calon di masa akan datang). Saya tiada maklumat. Memang ramai nak bertanding,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di sini malam ini.

Beliau berkata, PKR berpegang teguh dengan kerjasama parti komponen Pakatan Harapan (PH), dengan tiada pertindihan calon bagi PRN Sarawak.

Katanya, PKR hanya meletakkan wakil di kawasan yang mempunyai jentera dan kekuatan parti.

"Kita kena fokus kepada kawasan yang mempunyai jentera dan kekuatan. Apakah ini bermakna kita beri laluan kepada GPS (Gabungan Parti Sarawak) (untuk menang)? Tak. Kita tak mahu cuba bolot dalam keadaan kawasan yang kita tak punyai cukup kekuatan,” katanya.

Hari ini, parti itu mengumumkan seramai 27 calonnya akan bertanding pada PRN Sarawak kali ini, berbanding pengumuman awal parti itu akan bertanding di 49 kerusi DUN.

Antara yang diumumkan sebagai calon adalah adalah Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak, Abg Zulkifli Abg Engkeh bagi kerusi DUN Beting Maro dan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Joshua Jabeng di DUN Kakus.

Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Negeri, Dominique Ng berkata, PKR mungkin membuat perubahan di saat akhir dan berkemungkinan akan menambah lagi calon-calon yang bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Disember ini sebagai hari pengundian PRN Sarawak, hari penamaan calon pada 6 Disember manakala pengundian awal pada 14 Disember. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!