X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Konvoi ‘Rakyat Tuntut Tiga’ berlangsung aman

Lambaian dari anggota konvoi 'Rakyat Tuntut Tiga' dihadapan pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
A
A

KUALA LUMPUR - Perarakan konvoi bantahan kenaikan harga barang dan luahan suara rakyat oleh ‘Rakyat Tuntut Tiga’ dijalankan secara aman yang bermula di pusat beli-belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang sekitar 5.40 petang pada Jumaat.

Perarakan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan termasuk dua pacuan empat roda.

Pengerusi Rakyat Tuntut Tiga, Afiqah Mohammad berkata, pihaknya membawa suara rakyat antaranya termasuklah kawalan harga barang, kawal selia penguatkuasaan undang-undang dan kartel rasuah dihapuskan.

“Hari ini kami membawa luahan suara Rakyat Tuntut Tiga dan tidak mewakili mana-mana parti politik.

“Kami menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar mengawal harga barang,'' katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Afiqah, pihaknya juga menuntut supaya KPDNHEP mengawal selia penguatkuasaan undang-undang dan kartel rasuah dihapuskan.

“Kami berusaha membawa suara rakyat dengan cara yang berkhemah dan tidak menyalahkan undang-undang,” jelasnya.

Menurut Afiqah, pihaknya tidak mengadakan sebarang perhimpunan bagi menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberi kerjasama yang baik serta tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang demi rakyat.

Tambah beliau, pihaknya akan meneruskan kempen Rakyat Tuntut Tiga melalui media sosial supaya isu kenaikan harga barang dapat diselesaikan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!