Peluang Malaysia rangkul gelaran berganda

Aifa menyumbang mata pertama Malaysia ketika menentang Jepun pada Jumaat.
Aifa menyumbang mata pertama Malaysia ketika menentang Jepun pada Jumaat.
A
A
A

PASUKAN lelaki dan wanita negara hanya selangkah lagi bagi merangkul gelaran juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia selepas masing-masing menepati ramalan mara ke pentas final.

Dalam aksi separuh akhir di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil pada Jumaat, Malaysia mudah menundukkan Jepun 2-0 dalam saingan lelaki manakala skuad wanita negara menumbangkan Jepun 2-1.

Pemain nombor satu negara, Ng Eain Yow menyumbangkan mata pertama skuad lelaki selepas menewaskan Ryosei Kobayashi 11-4, 11-2, 11-1 sebelum Ivan Yuen memastikan kemenangan Malaysia dengan menundukkan Tomotaka Endo 11-3, 11-9, 11-7.

Perlawanan ketiga membabitkan pertemuan antara Addeen Idrakie dengan Ryunosuke Tsukue tidak dilangsungkan selepas Malaysia berjaya mengutip dua mata pertama.

“Selepas berjaya mencapai sasaran awal untuk ke final, saya lihat tiada sebab untuk kami tidak meletakkan sasaran untuk menjadi juara,” kata Eain Yow.

Dalam pada itu, pasukan wanita negara cemas seketika sebelum bangkit menewaskan Jepun 2-1.

Jepun terlebih dahulu mengutip mata apabila Satomi Watanabe meraih kemenangan ke atas pemain berpengalaman negara, Rachel Arnold 11-5, 11-2, 11-4.

Namun, juara Terbuka Malaysia 2021, Aifa Azman kembali menyamakan kedudukan selepas menundukkan Risa Sugimoto 11-4, 11-4, 11-5 sebelum Noor Ainaa Amani Ampandi menyumbangkan mata kedua menerusi kemenangan 11-3, 11-2, 11-5 ke atas Rafu Takahashi.

Artikel Berkaitan:

Menanti skuad wanita di pentas akhir ialah Hong Kong yang juga pilihan pertama kejohanan selepas menewaskan India 2-1.