Malaysia tumbang di tangan Belanda

Belanda ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah membenam Malaysia 9-3 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India sebentar tadi. - Foto FIH
Belanda ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah membenam Malaysia 9-3 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India sebentar tadi. - Foto FIH
A
A
A

SKUAD hoki negara terpaksa akur dengan kehebatan Belanda apabila tewas 3-9 dalam aksi klasifikasi 5/8 Piala Dunia Remaja di Bhubaneswar, India pada Jumaat.

Belanda nyata berada dalam kelas tersendiri apabila memperoleh enam gol menerusi pukulan sudut penalti manakala tiga gol lagi terhasil menerusi jaringan padang.

Dua tonggak Belanda, Miles Bukkens dan Duke Dommeshuijzen mencuri tumpuan apabila masing-masing meledak hatrik manakala David Huussen menjaringkan dua gol sementara De Bie Max satu gol.

Malaysia pula meraih dua gol padang menerusi kapten, Mohammad Akhimullah Anuar Esook dan Muhammad Firdaus Rosdi manakala Muhammad Fahmi Khalid menyudahkan pukulan sudut penalti.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Wallace Tan akan beraksi menentang Sepanyol dalam aksi klasifikasi 7/8 pada Ahad ini. Sebelum itu, Malaysia gagal mara ke separuh akhir selepas tewas 0-4 di tangan Perancis.

Artikel Berkaitan: