Pertunjukan Fesyen Batik Malaysia pertama secara hibrid

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat pameran Batik Che Minah Sayang pada majlis Hybrid Malaysia Batik Fashion Show yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri Pertunjukan Hibrid Fesyen Batik Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Pertunjukan anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) itu merupakan kali pertama diadakan secara hibrid dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Bertemakan 'Malaysia Batik: Crafted The World', acara itu disiarkan secara maya sebagai usaha memperkenalkan gaya dan koleksi batik lebih moden ke seluruh pelosok dunia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, MOTAC sentiasa bersedia memberi sokongan penuh kepada pereka-pereka batik bagi memperkasakan batik Malaysia di persada dunia.

"Tahniah kepada Penyayang dengan penganjuran acara ini. Kita perlu terus bekerjasama bagi memastikan slogan kita, 'Malaysia Batik: Crafted The World' menjadi realiti dan dikenali seluruh dunia," katanya dalam ucapan yang disampaikan secara hibrid pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Pengerusi Penyayang, Nori Abdullah.

Pada acara tersebut, sembilan pereka batik terkemuka Malaysia yang terdiri daripada pemenang acara tahunan, Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon (PSE) yang berprestij.

Persembahan dimulakan dengan pemenang edisi pertama PSE, Marina Abdullah yang memperagakan rekaannya.

Artikel Berkaitan:

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat pameran Batik Che Minah Sayang pada majlis Hybrid Malaysia Batik Fashion Show yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat pameran Batik Che Minah Sayang pada majlis Hybrid Malaysia Batik Fashion Show yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

Barisan pereka lain yang turut menjayakan pertujukan adalah Mohd Hafiz Drahman, Shuhairul Hafizie Shuib, wakil Jabatan Penjara Malaysia, Amir Harith Mat Kashim, Lai Hoo Chu, Norlia Shukri, Jaludin Zaini dan Yus Faizal Abdul Rahim.

Berasaskan tema yang ditetapkan setiap pereka, koleksi-koleksi yang diperagakan terdiri daripada pakaian formal hingga pakaian jalanan.

Setiap rekaan mempamerkan fleksibiliti batik yang tersendiri hasil sentuhan seorang pereka kreatif.

Para tetamu juga berpeluang melawat pameran Batik Che Minah Sayang iaitu rekaan batik Raja Permaisuri Agong.

Helaian batik yang dihiaskan di atas 'body forms' terletak dengan tersusun dengan dipadankan barangan kemas dari Suhara Jewels.