X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

OKU akan terus dibela, hargai: Ismail Sabri

Ismail Sabri. - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan terus membela dan menghargai segenap lapisan masyarakat tanpa meminggirkan sesiapa terutama golongan orang kurang upaya (OKU) selari dengan semangat Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, dengan nilai kebersamaan, kerajaan akan memastikan golongan OKU diberikan hak sama rata dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Kekurangan itu bukan satu kelemahan, bahkan ia satu keistimewaan yang perlu dilindungi bagi melengkapi kita semua,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau sempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada Jumaat.

Perdana Menteri turut menyambut baik tema sambutan Hari OKU Sedunia tahun ini iaitu 'Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik Covid-19'. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!