LGBT: Wabak berbahaya kepada masyarakat

Mohamad Nazri Abdul Latiff
Mohamad Nazri Abdul Latiff
A
A
A

SHAH ALAM - Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan sahaja boleh diklasifikasikan sebagai wabak penyakit berjangkit seperti kusta jika tidak dibendung malah membahayakan perkembangan sosial belia negara.

Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia, Mohamad Nazri Abdul Latiff berkata, LGBT langsung tidak mendapat tempat dan tidak diterima di negara ini.

"Ia bukan budaya Malaysia, langsung tidak ada hubung kait dengan negara malah ia satu wabak yang akan memberikan kesan kepada semua.

"Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 21 September tahun lalu bahawa LGBT tidak diterima di Malaysia jelas bahawa tiada ruang LGBT di Malaysia dan ditolak sekerasnya rakyat di negara ini," katanya.

Menurutnya, apa yang menyedihkan Himpunan Hari Wanita Sedunia 2019 baru-baru ini dicemari dengan laungan Hidup LGBT dan Jangan Kacau LGBT.

"Ini jelas sekali menunjukkan sikap penganjur dengan niat mempromosi LGBT di Malaysia.

"Kami menggesa agar pihak polis mengambil tindakan ke atas penganjur dan menuntut penganjur untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia," katanya.

Mohamad Nazri berkata, pihaknya akan mengadakan kempen untuk memberi kesedaran tentang bahayanya LGBT ini.

Artikel Berkaitan:

"GB4B Malaysia akan menggerak dan melancarkan kempen Belia Tolak LGBT di seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada golongan muda tentang malapetaka LGBT," katanya.