X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Tanah runtuh: Tiada petunjuk ada mangsa lain terperangkap

Keadaan semasa kesan runtuhan tanah di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini. - Foto ihsan bomba Perak (Gambar kecil: Muhamad Shahrizal)
A
A

IPOH - Tiada sebarang petunjuk baharu wujud kenderaan atau mangsa lain terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, operasi dijalankan pada hari kedua, masih tertumpu kepada pencarian mangsa yang berkemungkinan tertimbus.

Bagaimanapun menurutnya, operasi dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) itu tidak menemui sebarang tanda bahawa ada lagi mangsa terperangkap dalam kawasan runtuhan.

"Buat masa ini respons unit K9 adalah negatif (tiada mangsa).

"Kita bagi tempoh sampai petang ini selepas kerja mengorek runtuhan dilakukan lebih dalam dan kita gerakkan unit K9 untuk lakukan pengesanan kali kedua di lokasi sama," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi runtuhan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, kerja-kerja mengorek tanah telah dilakukan pada kedalaman tiga meter sebelum ditambah satu meter lagi bagi memudahkan anjing pengesan.

Katanya, pada kedalaman itu, kebiasaannya mana-mana mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sudah boleh dapat dikesan.

"Sekiranya pengesanan kali kedua pun masih dengan keputusan negatif, kemungkinan operasi mencari dan menyelamat boleh ditamatkan hari ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh di Perak: Operasi mencari mangsa diteruskan

Tanah runtuh: Mayat pertama ditemui

Runtuhan tanah sekitar jam 1.30 petang pada Khamis itu telah mengorbankan dua lelaki selepas kenderaan dinaiki tertimbus dalam runtuhan tanah.

Mereka yang terkorban adalah pemandu lori sayur, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.

Mayat Chee Heng berjaya dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat dari lokasi runtuhan pada jam 9.55 malam sementara Muhammad Hafiz jam 10.50 malam.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!