RM14 juta bantu petani, pesawah terkesan harga baja, racun naik

Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM14 juta bagi membantu petani dan pesawah di Selangor yang terkesan akibat kenaikan harga baja serta racun pada tahun ini. (Gambar kecil: Izham)
Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM14 juta bagi membantu petani dan pesawah di Selangor yang terkesan akibat kenaikan harga baja serta racun pada tahun ini. (Gambar kecil: Izham)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri memperuntuk sebanyak RM14 juta bagi membantu petani dan pesawah di Selangor yang terkesan akibat kenaikan harga baja serta racun pada tahun ini.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, bantuan itu memberi manfaat kepada 10,000 individu dan turut mengurangkan kesan kenaikan harga.

Izham Hashim
Izham Hashim

“Selain bantuan negeri, kerajaan Pusat juga memperuntuk lebih RM13 juta merangkumi RM6.3 juta kepada Jabatan Pertanian Selangor dan RM7.05 juta kepada kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor.

“Kita berharap bantuan yang telah dan sedang dilaksanakan membantu petani dan pesawah menangani isu kenaikan harga input,” katanya ketika sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Jumaat.

Ir Izham berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahmad Mustain Othman (PKR - Sabak) mengenai langkah membantu petani dalam mengatasi isu kenaikan harga baja dan racun.

Dalam pada itu, Ir Izham berkata, pihaknya turut mengenal pasti beberapa faktor penyumbang kepada kenaikan harga baja dan racun iaitu sebanyak 10 peratus pada tahun ini.

“Antaranya ialah kerana kekurangan bahan mentah seperti unsur nitrogen, fosfat dan kalium yang diimport dari luar negara serta kenaikan kos bahan mentah.

Artikel Berkaitan:

“Perubahan polisi negara pengeksport input pertanian, gangguan logistik dalam tempoh pandemik serta bekalan baja dan racun dalam pasaran yang berkurangan juga punca kenaikan ini,” katanya.