Dua muka baharu dilantik Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak

Mohd Akmal (kiri) membuat simbolik penyerahan jawatan Setiausaha Pas Perak kepada Fairuz Hafiiz di Pejabat Pas Perak, di Ipoh pada Khamis.
Mohd Akmal (kiri) membuat simbolik penyerahan jawatan Setiausaha Pas Perak kepada Fairuz Hafiiz di Pejabat Pas Perak, di Ipoh pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Dua muka baharu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak di dalam struktur organisasi Pas negeri bagi sesi 2021 hingga 2023.

Mereka ialah Mohd Akmal Kamaruddin yang merupakan Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak serta seorang lagi iaitu Rosli Abd Rahman.

Kedua-dua mereka mengambil tempat Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak sebelum ini iaitu Misbahul Munir Masduki dan Muhammad Ismi Mat Taib.

Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mustafa Shaari kekal menjawat jawatan tersebut begitu juga bendahari negeri, Ismail Ariffin.

Selain itu, Setiausaha Pas Perak turut menampilkan muka baharu apabila Fairuz Hafiizh Othman dilantik ke jawatan itu menggantikan Mohd Akmal.

Jawatan Ketua Penerangan Pas Perak turut disandang muka baharu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Mohd Khalil Yahya begitu juga dengan Pengarah Pilihan Raya Pas Perak yang kini disandang Mohd Fakhrudin Abd Aziz.

Sementara itu, ADUN Gunung Semanggol yang juga Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria turut kekal sebagai Pesuruhjaya Pas Perak.

Artikel Berkaitan: