Hujan berterusan, penduduk akan dipindahkan bila-bila masa

Keadaan terkini di laluan Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu berhampiran Kampung Bukit Abal yang telah dilimpahi air ekoran hujan lebat tanpa henti. (Gambar kecil: Azhar Elmi)
Keadaan terkini di laluan Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu berhampiran Kampung Bukit Abal yang telah dilimpahi air ekoran hujan lebat tanpa henti. (Gambar kecil: Azhar Elmi)
A
A
A

PASIR PUTEH - Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh tidak menolak kemungkinan pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka pada bila-bila masa sekiranya hujan berterusan berlaku di jajahan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, beliau menjangkakan operasi menyelamat akan digerakkan dalam masa terdekat jika hujan lebat berterusan.

"Sebagai persediaan kita sudah melakukan pemantauan setiap empat jam sekali ke kawasan berisiko ditenggelami banjir.

"Antara kawasan 'hotspot' banjir di jajahan ini ialah Kampung Daram Buaya, Tok Kundor, Gong Chokoh, Saring, Tok Sudin, Gong Tengah, Sungai Kelong dan Kedai Menanti," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurut beliau, pihak mereka juga turut membuat tinjauan paras air di Kampung Tasek, Tok Kundor, dan Bukit Awang.

Beliau berkata, pemantauan berterusan ini penting bagi memastikan pihaknya dapat mengetahui perkembangan terkini lokasi berisiko.

Katanya, hal ini bertujuan bagi memudahkan operasi menyelamat n apabila berlakunya banjir.

Azhar Elmi berkata, penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir dinasihatkan supaya sentiasa waspada dengan perkembangan terkini paras air serta nasihat daripada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

"Jika diarahkan berpindah mereka perlu terus berbuat demikian.

"Pemantauan sudah digerakkan seawal jam 9 pagi, setiap maklumat berkait dengan kenaikan paras air akan terus disalurkan ke bilik gerakan bagi memudahkan bantuan disalurkan," katanya.