X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Program Jualan Keluarga Malaysia di Pasir Mas

Gambar hiasan
A
A

KOTA BHARU – Program Jualan Keluarga Malaysia yang dilaksanakan di seluruh negara akan diadakan di Kelantan pada 4 Disember di Lubok Jong, Pasir Mas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu menangani isu kenaikan harga barang dan bagi mengurangkan kos sara hidup serta beban rakyat.

“Untuk negeri Kelantan, diadakan pada 4 Disember iaitu hari Sabtu bermula dari jam 8.00 pagi dan hingga jam 1.00 tengah hari bertempat di tapak letak kereta, berhadapan Pantai Timor Mart, Bandar Baru Lubok Jong, Pasir Mas.

“Barangan keperluan asas dijual antara 15 dan 20 peratus lebih murah dari harga pasaran,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Menurutnya, program tersebut merupakan kerjasama antara KPDNHEP, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan mengadakan jualan barangan keperluan, hasil pertanian serta hasil laut dengan harga lebih rendah daripada harga pasaran.

Beliau berkata, selain itu, turut serta dalam penjualan barangan murah ini ialah syarikat pemborong dan pengedar terpilih dengan menjual barangan keperluan asas dan barangan dapur.

“Antara barang dijual ialah ayam proses, telur, ikan segar beku iaitu kembung, selayang, selar manakala kategori sayuran pula seperti lobak, cili merah, cili kering, halia, bawang besar, bawang kecil, tomato dan sayur berdaun. Selain itu barangan proses lain iaitu susu pekat manis, sardin, kicap, sos cili, sos tomato, milo, ikan bilis, minyak masak peket 1 kilogram bersubsidi, gula, tepung gandum bersubsidi dan beras lima dan 10 kilogram.

“KPDNHEP Kelantan berharap, program dimanfaatkan sepenuhnya untuk menangani kos sara hidup dan bebanan dalam musim bencana sekarang ini,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!