Bayi wanita hamil koma dipukul suami masuk hospital semula

Bayi Jahidah terpaksa dimasukkan semula ke hospital kerana menghidap penyakit kuning.
Bayi Jahidah terpaksa dimasukkan semula ke hospital kerana menghidap penyakit kuning.
A
A
A

SEREMBAN - Bayi kepada seorang wanita yang parah dipukul suaminya sehingga koma, Jahidah Nordin terpaksa dimasukkan semula ke hospital selepas bacaan penyakit kuning atau jaundis neonatal yang dialaminya agak tinggi.

Jahidah, 43, sebelum ini selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini kira-kira jam 9 malam, Selasa lepas.

Menurut adiknya, Fauziah Nordin, 40, bayi berkenaan yang digelar 'Baby J' perlu dimasukkan semula ke wad Hospital Tuanku Ja'afar kerana masalah kuning dan sebelum itu bayi tersebut telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Sendayan.

"Baru semalam ( Khamis) ambil 'Baby J' dekat wad.. hari ni kena hantar wad balik sebab kuning tinggi.. dia mahu dekat dengan umi (ibu) dia kot (rasanya)," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Menerusi perkongsian sama, Fauziah turut berkongsi sebahagian wajah 'Baby J' selain mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kakaknya Jahidah dan bayi tersebut.

"Alhamdulillah akhirnya 'Baby J' depan mata.. anak yang tak disangka akan hidup sehingga hari ini.. Terima kasih mendoakan..," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jahidah selamat lahirkan bayi lelaki

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Jahidah merupakan seorang penjawat awam di Johor Bahru, koma kerana cedera parah dipercayai akibat dipukul suaminya di rumah mereka di Larkin, Johor pada 4 Mei lalu.

Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: