Pemandangan Jambatan Batang Sadong

No Image Caption
A
A
A


Pemandangan Jambatan Batang Sadong sepanjang kira-kira 1.5 kilometer merentasi Sungai Batang Sadong yang mampu membawa pembangunan ke kawasan tersebut.

Projek itu bermula pada Julai 2012 sebelum siap dalam tempoh empat tahun kemudian dan dibuka untuk kegunaan orang awam pada Oktober 2016 dengan kos RM231 juta.

Siapnya projek jambatan itu juga telah membuka lembaran baharu kepada kira-kira 50,000 penduduk di Daerah Samarahan dan Simunjan, dengan Sebuyau yang merupakan daerah kecil di bawah Simunjan tidak tersisih daripada menikmati pembangunan ini.

Jambatan Batang Sadong menjadi satu daripada infrastruktur utama dalam pembangunan projek Jalan Pesisir Sarawak yang memudahkan pergerakan pengguna jalan raya dari selatan Sarawak hingga ke Bandar Raya Miri di bahagian utara negeri. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:


Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas

No Image Caption
GALERI

Pink Moon

No Image Caption
GALERI

Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia