PRN Sarawak: Munan Laja calon PKR di DUN Katibas

Pencalonan Munan Laja diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Jelajah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini. - Astro Awani
Pencalonan Munan Laja diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Jelajah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini. - Astro Awani
A
A
A

SONG - Munan Laja dinamakan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Jelajah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di sini, hari ini.

“Kita umum secara rasminya dalam tempoh yang terdekat.

“Tapi saya fikir kita telah melihat semua (persediaan) jentera di sini, saudara Munan Laja memang diusulkan untuk menjadi calon di Katibas,” katanya.

Selain itu, Anwar juga berharap agar jentera PKR dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada pengundi bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang baik menjelang PRN12.

“Saya lihat macam di Katibas, Song agak jauh pedalaman tapi sambutannya baik.

“Baik dari jentera, baik wakil daripada kawasan... dan kita di Ngemah juga begitu. Jadi, kita harap mereka dapat kerja kuat menyampaikan maklumat kepada rakyat,” tambahnya lagi.

Pada PRN11, Datuk Ambrose Blikau Enturan dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berjaya 4,681 undi sekali gus menewaskan calon DAP, Paren Nyawi, yang meraih 1,628 undi.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Ambrose mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi tersebut selepas sembilan penggal menyandang kerusi DUN tersebut.

Beliau mengumumkan pendiriannya kepada ahli PBB di kawasannya, sebelum dipanjangkan ke dalam bentuk pengumuman dan ucapan terima kasih oleh PBB Cawangan Katibas pada 18 November lalu. - Awani