Malaysia tunjuk prestasi pencapaian SDG baik tahun lepas

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menunjukkan prestasi pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang baik pada 2020 dengan 49 indikator (34 peratus) merekodkan pencapaian positif, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

"Ketersediaan indikator pula menunjukkan peningkatan kepada 59 peratus (146 indikator) pada 2020 berbanding 52 peratus (128 indikator) tahun sebelumnya.

"Selebihnya 63 indikator (26 peratus) masih perlu dibangunkan, 25 indikator (10 peratus) tidak tersedia dan 13 indikator (lima peratus) tidak relevan kepada Malaysia," kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, penyusunan indikator ini adalah berdasarkan statistik daripada DOSM dan dapatan kaji selidik serta rekod pentadbiran daripada 36 agensi atau kementerian.

Dalam konteks ketersediaan indikator mengikut matlamat pula, beliau menjelaskan tiga matlamat yang mencapai ketersediaan indikator yang paling tinggi adalah Matlamat 4: Pendidikan Berkualiti (92 peratus), Matlamat 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur (92 peratus) dan Matlamat 3: Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan (89 peratus).

Pencapaian ini disokong sepenuhnya oleh kerjasama dan penyelarasan daripada agensi dan kementerian,” kata Mohd Uzir sambil menambah matlamat yang mempunyai pencapaian terendah adalah Matlamat 11: Bandar dan Komuniti yang Mampan (29 peratus). - Bernama

Artikel Berkaitan: