14 tiang tumbang, polis kesan pemandu treler

Antara tiang elektrik yang tumbang dipercayai akibat wayar tersangkut pada treler dalam kejadian di Jalan Ahmad Boestaman, Slim River di sini pada Jumaat.
Antara tiang elektrik yang tumbang dipercayai akibat wayar tersangkut pada treler dalam kejadian di Jalan Ahmad Boestaman, Slim River di sini pada Jumaat.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sebanyak 14 tiang elektrik di Jalan Ahmad Boestaman, Slim River, di sini tumbang dipercayai akibat sebuah treler yang membuat pusingan dalam kejadian pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian disedari berlaku pada jam 8.30 pagi ketika anggota Balai Polis Slim River sedang melakukan pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua tiang tumbang dipercayai tersangkut pada treler yang melalui jalan berkenaan dan mahu berpatah balik ke Jalan Persekutuan untuk menghala ke Ipoh.

"Hasil temubual saksi mendapati kejadian berlaku sekitar jam 6.30 pagi apabila sebuah treler yang dipandu oleh seorang lelaki bersama dua kelindan di lokasi kejadian tidak sedar kontena treler tersangkut pada wayar elektrik menyebabkan beberapa tiang tumbang dan wayar terputus.

"Kawasan yang terlibat ialah dari Lorong Stesyen, Jalan Ahmad Boestaman hingga ke Jalan Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat.

Menurutnya, usaha untuk mengesan pemandu treler sedang dijalankan kerana individu berkenaan meneruskan perjalanan selepas sahaja kejadian tersebut.

Sulizmie Affendy berkata, tindakan saman akan diambil di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Artikel Berkaitan: