Pengurusan tertinggi baharu kastam digesa terus amanah

Pemakaian pangkat kepada Zazuli yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) pada Jumaat.
Pemakaian pangkat kepada Zazuli yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan pengurusan tertinggi baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia digesa berkhidmat dengan amanah selepas menerima watikah pelantikan di Ibu Pejabat Kastam, Putrajaya pada Khamis.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, sebagai sebuah jabatan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara, warga kastam perlu sentiasa mengemaskan diri dengan budaya integriti yang mantap.

"Tahun 2022 bakal menghidangkan cabaran yang lebih getir dan Kastam perlu lebih bersiap siaga dalam mendepani sebarang ketidaktentuan yang mendatang.

"Pegawai perlu sentiasa mengemaskan diri dengan budaya integriti yang mantap dan tidak sesekali terlibat dalam sebarang gejala negatif yang boleh merosakkan reputasi perkhidmatan dan mencalarkan imej," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, antara barisan pengurusan yang baru dilantik ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) iaitu Datuk Zazuli Johan, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Abdul Wahabi Abdullah dan Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan),Datuk Abdullah Jaapar.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat, Datuk Aidid Tajudin; Penolong Ketua Pengarah Kastam (Zon Sabah), Julaiman Somin dan Pengarah Kastam Negeri Kelantan, Mohd Nasir Deraman.

Artikel Berkaitan: