X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Tanah runtuh di Perak: Operasi mencari mangsa diteruskan

Operasi hari kedua bermula jam 8 pagi itu melibatkan khidmat dua anjing pengesan dengan kekuatan 139 anggota termasuk jabatan dan agensi penyelamat lain.
A
A

IPOH - Operasi mencari dan menyelamat di kawasan runtuhan tanah di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini diteruskan dengan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, operasi diteruskan bagi mengesahkan sama ada masih terdapat mangsa atau kenderaan lain yang terperangkap.

"Semalam (Khamis) kami berjaya menemukan dua kenderaan melibatkan dua mangsa. Walaupun setakat ini belum ada sebarang petunjuk baru terdapat kenderaan atau mangsa lain, operasi mencari dan menyelamat tetap perlu digerakkan bagi menentusahkan perkara tersebut.

"Kami gunakan khidmat anjing pengesan untuk bantu membuat pencarian di kawasan runtuhan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi runtuhan di sini pada Jumaat.

Operasi hari kedua bermula jam 8 pagi itu melibatkan khidmat dua anjing pengesan dengan kekuatan 139 anggota termasuk jabatan dan agensi penyelamat lain.

Muhamad Shahrizal berkata, keadaan cuaca hujan pada sebelah pagi sedikit mengganggu operasi mencari dan menyelamat dijalankan kerana dikhuariti berlakunya pergerakan tanah dan runtuhan.

Katanya, keadaan runtuhan yang berada pada paras antara lima ke tujuh meter turut menyukarkan anjing pengesan mengesan mangsa yang tertimbus.

"Kami berpandukan kepada saranan daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk sahkan keupayaan di lokasi. Sekiranya keadaan selamat maka operasi dapat diteruskan, jika tidak mungkin tangguh sementara untuk kerja-kerja pembersihan pula," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat pemandu lori dibawa keluar, operasi mencari diteruskan

Mangsa tertimbus dipercayai pemandu lori sayur

Tanah runtuh: Mayat pertama ditemui


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!