Hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan, Terengganu hari ini

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk atau jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan dan Terengganu pada Jumaat.Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk atau jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan dan Terengganu pada Jumaat.Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk atau jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan dan Terengganu pada Jumaat.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan di Kelantan kawasan terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Menurut kenyataan itu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu turut disenaraikan dengan amaran cuaca jingga.

“Amaran cuaca waspada atau kuning pula melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, selain Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

“Tiupan angin dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: