Warga emas maut motosikal terbabas

Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan di Jalan Duta sebelum susur masuk Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) dalam kejadian malam Khamis.Gambar hiasan
Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan di Jalan Duta sebelum susur masuk Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) dalam kejadian malam Khamis.Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan di Jalan Duta sebelum susur masuk Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) dalam kejadian malam Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 73 tahun disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru yang ditunggang oleh warga emas itu dari arah pusat bandar menghala ke Lebuhraya DUKE.

"Sejurus tiba di tempat kejadian mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 29 tahun di laluan sama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sarfudin memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69,"katanya.

Artikel Berkaitan: