Covid-19: 47 lagi kematian baharu, keseluruhan 30,521

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 47 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,521 orang, daripada 2.63 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 12 daripada 47 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 62,253 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 50,358 individu atau 80.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,346 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 5,038 kes dirawat di hospital dan 511 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 245 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 266 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani