KKM kesan kes pertama Omicron di Malaysia

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes tersebut berjaya dikesan melalui tindakan pencegahan dan kawalan jangkitan penyakit Covid-19 di semua pintu masuk antarabangsa dan survelan makmal yang dijalankan secara berterusan.

Katanya, kes terbabit melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes pertama varian Omicron libatkan pengembara bukan warganegara

"IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 74 sampel positif Covid-19 yang dikesan di KLIA dari tempoh 11 November hingga 28 November 2021. Ujian PCR Genotyping Assay dijalankan bagi mendapatkan keputusan awal jenis varian.

"Hasil daripada ujian PCR Genotyping Assay, satu daripada sampel telah dikesan berkemungkinan besar adalah VOC Omicron.

"Jujukan genom seterusnya dilaksanakan mendapati keputusan positif bagi varian Omicron pada 2 Disember 2021," katanya.

Artikel Berkaitan: