Norway perkenal langkah baharu tangani Covid-19

Norway memperkenalkan langkah terbaharu merangkumi pemakaian pelitup muka di kedai, pusat beli-belah, teksi dan pengangkutan awam.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Norway memperkenalkan langkah terbaharu merangkumi pemakaian pelitup muka di kedai, pusat beli-belah, teksi dan pengangkutan awam.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

OSLO - Norway memperkenalkan langkah baharu bagi menangani penularan Covid-19 di Oslo pada Khamis selepas terdapat satu kes varian baharu Omicron di bandar raya itu.

Menurut kerajaan negara itu, langkah terbaharu tersebut merangkumi pemakaian pelitup muka di kedai, pusat beli-belah, teksi dan pengangkutan awam.

Orang ramai dikehendaki bekerja dari rumah jika mereka boleh berbuat demikian dan hanya 100 orang dibenarkan berada dalam majlis-majlis peribadi yang diadakan di dalam bangunan, kata kerajaan.

Pengumuman itu dibuat selepas varian tersebut dikesan menjangkiti seorang tetamu yang menghadiri satu parti Krismas di sebuah restoran di Oslo pada minggu lalu.

Dalam majlis itu, kira-kira separuh daripada 120 orang telah divaksin tetapi dijangkiti Covid-19.

Seorang daripada mereka pula dikesan dijangkiti varian Omicron.

Analisis sedang dilakukan bagi menentukan sama ada terdapat lebih banyak kes positif varian itu yang mana pihak berkuasa tempatan menyatakan situasi tersebut memang dijangkakan.

"Keadaan sekarang membimbangkan. Ini menunjukkan bahawa virus tersebut berjangkit dengan amat mudah dan vaksin tidak memberikan perlindungan yang sepenuhnya," kata Menteri Kesihatan, Ingvild Kjerkol kepada pemberita. - Agensi

Artikel Berkaitan: