Arsenal mampu menang lawan United: Arteta

Arteta
Arteta
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta merasakan pasukannya sengaja membiarkan Manchester United daripada dihukum di laman sendiri selepas The Gunners tewas 3-2 pada Khamis.

Kekalahan tersebut menyaksikan, Arsenal terlepas peluang untuk menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris selepas sepakan penalti Cristiano Ronaldo berjaya menoktahkan kemenangan The Red Devils selepas terikat 2-2.

Menurut pengendali berbangsa Sepanyol itu, pasukannya memiliki kelebihan untuk menewaskan United namun kesalahan yang dilaku menjejaskan mereka untuk mendapatkan tiga mata penuh di Old Trafford.

"Kami menjaringkan gol pertama dan selepas itu kami mempunyai kawalan bola yang sempurna dalam permainan namun mula memberikan beberapa bola yang sangat mudah di kawasan yang sangat berbahaya.

"Pasukan memberi mereka (United) banyak ruang sekaligus meningkat momentum mereka yang menyaksikan kami terpaksa berhadapan beberapa kesukaran di sana, dan akhirnya bolos.

"Sama juga situasi pada separuh masa kedua, kami bermula dengan baik dan mempunyai kawalan penuh tetapi kemudian dibolosi lagi.

"Kami cuba bangkit dan berjaya dapatkan gol penyamaan dan cuba untuk dapat jaringan ketiga namun tak berjaya. sebaliknya mereka menjaringkan gol lagi," katanya.

Pasa perlawanan tersebut, Arsenal mendahului dalam keadaan pelik pada minit ke-13 apabila Emile Smith Rowe merembat masuk melepasi David De Gea yang terdedah.

Artikel Berkaitan:

Penjaga gol United itu menyangka dia telah dikasari dan rakan sepasukannya menjangkakan permainan akan dihentikan tetapi ternyata dia telah dijatuhkan oleh rakan sepasukannya sendiri, Fred dan gol itu dibenarkan berdiri selepas semakan oleh video bantuan pengadil (VAR).

United bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi Bruno Fernandes dan kemudian mendahului dengan gol pertama Ronaldo pada malam itu sebelum Martin Odegaard kembali mengikat kedudukan.

Arsenal kemudiannya melepaskan penalti yang membolehkan Ronaldo menjaringkan gol seterusnya memenangi perlawanan itu.