Lima kes Omicron di negeri New York

New York sudah menjangkakan kewujudan varian Omicron di negeri itu sebelum ini. - Foto AFP
New York sudah menjangkakan kewujudan varian Omicron di negeri itu sebelum ini. - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Lima kes varian Covid-19, Omicron disahkan terdapat di negeri New York, Amerika Syraikat (AS), kata Gabenornya, Kathy Hochul, pada Khamis.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan rakyat negara itu dijangkiti dengan varian tersebut setakat ini ialah lapan orang.

Hochul membuat pengesahan itu menerusi akaun Twitternya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 kes varian Omicron dikesan di UK

Ancaman Omicron masih belum jelas

Beliau juga menjelaskan bahawa pihaknya sudah mengetahui bahawa Omicron akan melanda negeri tersebut yang merupakan negeri keempat mempunyai jumlah penduduk paling ramai di AS.

"Kami mempunyai peralatan untuk menghentikan penularannya. Dapatkan vaksin anda. Ambillah suntikan penggalak. Pakai pelitup muka," ciap Hochul.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada kes baharu itu terdapat di bandar raya New York iaitu kota kosmopolitan yang paling ramai penduduk di AS atau varian tersebut menjangkiti beberapa orang yang baharu pulang dari mengembara ke luar negara. - Agensi

Artikel Berkaitan: