Suspek rusuhan kuil dibawa ke tempat kejadian hari ini

Beberapa suspek yang ditahan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman dibawa ke lokasi hari ini. - Foto Bernama
Beberapa suspek yang ditahan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman dibawa ke lokasi hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SUBANG JAYA - Beberapa suspek yang ditahan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 di sini pada Isnin dan Selasa lepas di bawa ke lokasi kejadian hari ini.

Kumpulan lelaki yang memakai baju lokap tiba kira-kira 12.45 tengah hari ini dengan menaiki sebuah bas serta diiring oleh anggota polis trafik.

Lebih 50 anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal ketat kawasan kuil bagi membolehkan siasatan lanjut di buat di lokasi kejadian.

Kesemua suspek meninggalkan lokasi kejadian kira-kira 1.10 petang selepas setengah jam di bawa ke kawasan sekitar kuil.

Anggota polis di lokasi kejadian mengesahkan yang suspek di bawa untuk membantu siasatan pihak polis.

Tinjauan mendapati anggota polis masih mengawal ketat kawasan sekitar kuil untuk menjaga ketenteraman awam.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setakat ini polis menahan seramai 58 orang yang terdiri daripada 18 individu bangsa India, dua Cina dan 38 Melayu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu juga menyebabkan seorang anggota polis cedera selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteraman awam.- Bernama