X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Carrick tinggalkan Old Trafford

Carrick
A
A

PENGURUS sementara Manchester United, Michael Carrick meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas mengemudi The Red Devils melakar kemenangan 3-2 ke atas Arsenal di Old Trafford pada Jumaat.

Bekas pemain tengah United, Carrick sebelum ini mengendalikan The Red Devils sejak pemecatan Ole Gunnar Solskjaer bulan lalu, menyaksikan Ralf Rangnick dari Jerman mengambil alih tangga sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim.

“Selepas berfikir dan berbincang, saya telah memutuskan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya meninggalkan kelab.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua pemain terutamanya kepada kakitangan tulang belakang, bekerja berjam-jam dengan kumpulan orang yang begitu hebat adalah satu keseronokan sebenar dan saya telah menjalin persahabatan yang berpanjangan," kata Carrick yang merupakan sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan era Solskjaer, dalam satu kenyataan di laman web kelab.

Sementara itu, Pengarah Bola Sepak United, John Murtough mengakui bahawa kelab itu sedih dengan keputusan Carrick tersebut.

"Michael Carrick pergi dengan ucapan terima kasih yang tulus dan ucapan terbaik semua orang di Manchester United selepas 15 tahun berkhidmat dengan luar biasa kepada kelab sebagai pemain dan sebagai jurulatih.

"Walaupun kami sedih melihatnya pergi, kami menghormati dan memahami keputusan Michael Carrick," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!