Mayat mangsa tanah runtuh tiba di HRPB

Mayat pemandu Toyota Vellfire yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Simpang Pulai tiba di Jabatan Forensik HRPB pada Khamis.
Mayat pemandu Toyota Vellfire yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Simpang Pulai tiba di Jabatan Forensik HRPB pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Mangsa pertama dikeluarkan dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, KM27.1 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Simpang Pulai tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini pada malam Khamis.

Mayat dibawa menggunakan trak polis itu tiba kira-kira jam 10.50 malam.

Difahamkan mangsa seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu merupakan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang tertimbus di dalam kejadian tanah runtuh itu.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan daripada Gua Musang, Kelantan ke Pulau Pinang.

Mayat dijangka dibedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.41 petang itu, tiga kenderaan tertimbus berikutan berlaku kejadian tanah runtuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: Mayat pemandu MPV berjaya dikeluarkan

Kenderaan tertimbus runtuhan tanah di jalan Cameron Highlands

Artikel Berkaitan: