Lelaki cuba ceroboh ibu pejabat PBB berjaya ditahan

Polis berjaya menahan seorang lelaki yang cuba menceroboh ibu pejabat PBB pada Khamis. - Foto Reuters
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang cuba menceroboh ibu pejabat PBB pada Khamis. - Foto Reuters
A
A
A

NEW YORK - Polis New York berjaya menahan seorang lelaki dipercayai bersenjata senapang patah yang memasuki ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

Menurut jurucakap polis, lelaki berkenaan ditahan pada jam 1.30 petang waktu tempatan.

Bangunan tersebut serta First Avenue dan jalan-jalan di sekitar ibu pejabat PBB itu ditutup dengan helikopter dilihat terbang mengelilingi bangunan yang terletak di tengah bandar Manhattan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis kepung ibu pejabat PBB diceroboh lelaki bersenjata

Lelaki berkulit putih berusia dalam lingkungan 60-an itu dilaporkan berlegar di perkarangan bangunan tersebut dan tidak cuba untuk melintasi garisan keselamatan.

Selepas penahanannya, polis memaklumkan keadaan kembali selamat.

"Lelaki tersebut didapati bukan kakitangan atau bekas kakitangan PBB atau ada apa-apa kaitan dengan pertubuhan itu," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Kakitangan PBB juga dibenarkan untuk meninggalkan bangunan tersebut. - Awani

Artikel Berkaitan: