Lori muatan batu terbalik depan tol

AYATB: Gara-gara brek mengejut....

A
A
A

KULIM- Gara-gara brek mengejut, sebuah lori seberat 10 tan terbalik di susur keluar tol Lunas, hari ini.

Kejadian kira-kira 11.10 pagi itu menyebabkan muatan batu turut tercampak keluar.

Menurut sumber, pemandu lori dari arah Bukit Mertajam menghala ke Lunas.

Katanya, tiba di tol, pemandu berkenaan menyedari terdapat penghalang had tinggi lalu bertindak menekan brek secara mengejut.

"Akibatnya, lori berkenaan terbalik secara melintang di hadapan dua lorong tol berkenaan.

"Tiada kenderaan lain ketika kehadiran serta tiada kemalangan jiwa. Hanya pemandu terlibat dalam kemalangan ini dan tidak alami kecederaan," katanya kepada Sinar Harian.

Akibat kejadian itu, lorong ketiga dan keempat di tol tersebut ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan dan mengalihkan lori.

Artikel Berkaitan: