X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Atlet angkat berat sangkut doping lagi

Azura Abidin
A
A

ARENA sukan angkat berat negara seakan-akan tidak lekang dengan kontroversi apabila seorang atlet wanita didapati positif doping, Oktober lepas.

Difahamkan, atlet muda berusia 22 tahun itu didapati positif bahan terlarang jenis sibutramine pada Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan yang berlangsung di Rompin, Pahang.

Pengarah Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), Azura Abidin yang mengesahkan perkara berkenaan memaklumkan, pihaknya telah mengemukakan laporan lengkap kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Angkat Berat Malaysia melalui emel pada Selasa lepas (30 November.

"ADAMAS hanya akan melaksanakan sesi pendengaran sekiranya atlet tersebut memilih untuk dibicarakan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Pada September lepas, arena sukan negara digemparkan dengan isu doping melibatkan dua atlet angkat berat kebangsaan sehingga menyaksikan PABM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju membubarkan skuad sedia ada.

Keputusan pembubaran skuad berkenaan mengakibatkan kesemua empat jurulatih dan 13 atlet terlibat diberikan notis penamatan kontrak berkuat kuasa 1 November lalu. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!